my LiFe !



Thursday, February 21, 2013

C!ntA KOp! Dan CoKLat !

Satu cawan mug kopi diletakkan di hadapan lelaki itu. Dia tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Dia memandang wajah lelaki itu yang khusyuk dengan kamera Nikon D3o0o nya. Langsung tidak menghiraukannya. Khusyuk dengan 'cinta' pertamanya itu. Banyak kali juga dia makan hati dengan lelaki itu. Akhirnya dia mencapai buku yang baru di belinya semalam. Lelaki di sebelahnya itu masih lagi tidak menghiraukannya. Akhirnya dia berdehem, mahu mengambil perhatian lelaki di sebelahnya itu.

"Ehem. . . Ehem . . " Lelaki itu menoleh. Rancangannya berjaya. Dia tersenyum.

" Yes dear?" Hisyam memandang isterinya. Isteri yang baru dinikahi sebulan yang lalu selepas setahun menyulam cinta. Hani tersenyum memandang suaminya.

"kenapa awak suka kopi sangat?" Hani mengeluarkan soalan. Dia hairan mengapa lelaki yang dikenalinya itu begitu gemarkan kopi dan juga kamera DSLR. Dia hairan.

Hisyam tersenyum mendengar pertanyaan isterinya itu. "Kenapa awak suka coklat?" Hisyam menyoal Hani. Ah... Hisyam memang tidak pernah berubah. Setiap kali dia mengajukan soalan yang dirasakan Hisyam tidak begitu penting, Hisyam akan bertanya soalan kepadanya kembali.

"Entah, coklat itu buatkan saya gembira, macam awak." Hani tersengih. Hisyam tersenyum mendengar jawapan daripada isterinya. Sudah mengagak jawapan itu yang terkeluar dari mulut isterinya.

"Samalah macam saya. Kopi butkan saya gembira. Satu hari tanpa kopi ibarat satu hri hidup saya tanpa awak. " Hisyam mencuit hidung isterinya. Hani tersenyum mendengar jawapan suaminya.

"Dan kamera?" Hani menyoal lagi. Dia memandang kamera Nikon D3o0o milik suaminya itu. Kadang kala dia pernah merajuk dengan suaminya itu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan kameranya itu daripada dengan dirinya. Setiap kali mereka keluar bersama pastinya kamera itu akan menjadi 'phak ketiga'. Dia tahu Hisyam gemar mengambil gambar, terutama sekali gambarnya.

"Cuba awak beritahu saya kenapa awak suka buku, suka menulis?" Sekali lagi Hisyam memulang soalan kepada Hani.

" Sebab saya suka menulis. Menulis itu satu kepuasan saya. Saya suka membaca. Buku adalah teman saya." Hani mengukir senyuman kepada Hisyam.

Hisyam tersenyum. Dia tahu hobi Hani adalah menulis dan membaca.
Dia juga tahu Hani sangat gilakan buku sama sepertinya yang gilakan kamera.

"Jadi...?" Hisyam tidak sempat untuk menyudahkan ayatnya.

" Haaa...saya tahu apa jawapan awak. Sebab saya suka kamera. Mengambil gambar memberi saya kepuasan." Hani tersenyum kepuasan. Dia tahu jawapannya betul.

"Awak dah tahu jawapannya. Tapi still awak tanya lagi. Mengada." Hisyam mencubit pipi isterinya itu.

"Tapi kan. kita berdua memang berbeza. Awak suka kopi, saya suka coklat. Awak suka kamera, saya suka buku. Awak suka keluar, saya suka duduk rumah. Have you ever thought how we ended here ?" Hani mengaju soalan lagi. Hani tahu Hisyam tidak pernah jemu dengan pertanyaan dari dirinya. Hisyam memeang tidak pernah jemu dengan soalan yang keluar dari mulutnya.

Hisyam tersenyum mendengar soalan Hani. Benar, jika diikutkan dia  dan Hani memang begitu banyak perbezaan. Kadang kala dia juga tidak tahu bagaimana mereka akhirnya dapat bersama. Banyak suara sumbang yang mengatakan mereka tidak layak antara satu sama lain. Mereka terlalu berbeza. Seperti langit dengan bumi.

"Pernah dengar orang tua-tua kata tak, yang berbeza itulah yang melengkapi antara satu sama lain?" Hisyam memandang anak mata coklat milik isterinya itu. Hani menggeleng sambil tersenyum. Sengaja dia berbuat demikian.

"Betul tak pernah dengar?" Hani menggeleng lagi.

"Betul?" Hisyam tersenyum memandang Hani. Hani menggeleng lagi.

"Really, awak kan penulis. Selalunya seorang penulis akan menulis cerita cinta seperti ini." Hani tersengih dengan jawapan suaminya.

"Ada eh penulis tulis macam nie, siapa eh? . . hihihihi" Hani tersengih.

"Mengada. Saje je ea .." Hisyam mencubit pipi isterinya itu lagi.

"Tapi kita langsung tiada persamaan.?" Hani menyoal lagi. Dia langsung tidak dapat berfikir mengenainya dari awal perkenalan mereka sehinggalah sekarang.

"Ada." Hani memandang suaminya dengan penuh tanda tanya. Menunggu jawapan yang keluar dari mulut suaminya itu.

"You and I. We love each other. Itu persamaan kita walaupown kita dari duania yang berbeza. Walaupown kita berbeza tapi I love You, You love I." Hani tersenyum mendengar jawapn suaminya itu.

"Awak bagi saya idea nak..."

"Menulis?" Hisyam mencelah. Memahami perangai isterinya. Hani mengangkat bahu sambil ketawa.

"Kali ini tajuk ape?" Hisyam menyoal isterinya. Hani lama memandang suaminya sebelum dia tersenyum memikirkan sesuatu.

"Haaa...tajuknya...Rahsia. ." Hani ketawa lagi.

Hisyam tersenyum mendengar jawapn dari isterinya itu. Hani memang tidak pernah berubah. Dia kembali membelek kameranya. Hani memerhatikan saja gerak geri Hisyam.

"Awak tak nak ambil gambar saya ke?"

"Awak kan tak suka bergambar. Kalau saya ambil gambar awak pown, bukannya awak boleh beri saya pose yang menarik." Hani mencebik. Terasa hati dengan kata-kata Hisyam.

"Ah... tak nak kawan.." Hani merajuk. Hisyam tersenyum.

"Kawan taknak...kawin nak?" Hisyam mengusik isterinya.

". .isssshhh. . . tolongla.." Hani mencebik lagi.

"Saya gurau jela. Saya tak perlu ambil gambar awak sebab kat sini..." Hisyam menunjukkan dadanya," dah banyak gambar awak kat sini. Ia akan kekal di sini dan tak akan terpadam." Hani tersenyum mendengar jawapan Hisyam lagi.

"Okey, jawapan diterima. Saya masuk dulu lah. Nak menaip. T idea saya hilang, saya salahkan awak." Hani bangun sambil mencapai mug coklatnya dan juga buku.

"Bagitaw la dulu tajuk penulisan awak tu?" Hisyam memujuk.

"Awak nak tahu?" Hisyam mengangguk.

Hani menundukkan wajahnya ke Hisyam. "cinta kopi dan coklat" Hani berbisik ke telinga Hisyam sebelum meninggalkan Hisyam keseorangan di halaman rumahnya.

Hisyam tersenyum mendengar jawapan Hani. Dia kemudian meminum kopinya sebelum kembali membelek kameranya.
 
-the end !-



No comments:

Post a Comment