my LiFe !



Thursday, August 18, 2011

petikan dari berita harian....(dimana ahli kluarga mereka????)



2011/08/13

BESUT: "Sudah tiga bulan kami tak keluar rumah, bukan sahaja kerana kami buta tetapi juga sebab sering lelah dan sakit kaki," demikian keluh sepasang suami isteri warga emas di Kampung La, Hulu Besut di sini. 

Khatijah Isa, 79 yang lebih mesra dengan panggilan 'Mak Long' berkata beliau dan suaminya Hassan Awang, 68, hanya mengharapkan ihsan orang kampung selain adik perempuannya Azizah, 66, yang tinggal berdekatan.

"Kini Mak Long dan Pak San (suaminya) tidak sekuat dulu. Dahulu boleh juga kami berjalan-jalan sendiri dan kadang kala dipimpin untuk ke kedai dan pasar malam berdekatan membeli makanan," kata Khatijah.
Katanya, sepanjang Ramadan kali ini beliau bergantung kepada Azizah untuk menghantar makanan. 

Ditanya sama ada mereka mempunyai anak, raut wajah pasangan itu berubah dan berkata mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Ismail, berusia 30an yang bekerja di Kuala Lumpur. 

"Dia memang jarang-jarang balik, mungkin kerana dia pun bukan orang senang atau berpendapatan tinggi. Kali terakhir dia balik pada bulan Februari lalu menjenguk kami," kata Pak San. 

Mengimbas kecacatan yang dialami, Khatijah berkata sejak lahir penglihatannya kabur dan keadaan itu semakin buruk apabila usianya dalam 30an sebelum buta sepenuhnya sekarang. 
Suaminya pula pada awalnya cacat penglihatan pada sebelah mata, namun seperti Khatijah, beliau kini kehilangan sepenuhnya fungsi matanya. 

Khatijah juga berkata, rumah yang mereka diami sekarang adalah hasil bantuan kerajaan negeri dan mereka juga menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sejak tahun 2000. 

"Dengan wang inilah kami menyambung hidup dan membolehkan kami membeli beras, susu, gula dan makanan seperti biskut," kata Khatijah yang bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap golongan sepertinya. 

Ditanya mengenai persediaan menyambut 1 Syawal, Khatijah dengan nada sayu berkata: "Hendak makan dan minum pun harapkan belas ihsan orang, apatah lagi nak sediakan baju raya. Sambut hari raya dengan apa yang ada sahaja. 

Bagi mereka yang ingin menghulur bantuan kepada pasangan itu boleh hubungi Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad, di talian 012-9006097. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment