my LiFe !



Tuesday, January 29, 2013

peRMULaan yaNg baRu moGe2 d'beRkAti . . .

ASSALAMUALAIKUM...

akhir bulan januari...
hehehee...permulaan tahun baru gn azam baru...dgn niat yang baru...
dengan chenta atie yg bru....
yupppp !!
MY NEW LIFE !
i love you so much sayang....
bkn sng nk tgok ak jiwang2 nie...heehehehhehe.... :)

yuppp!! MUHAMMAD ZUNNURAIN BIN RAMLEE...
MY NEW LIFE WITH HIM....
dgn dye ak bljr bnyk bnde
alhamdulillah....dye yg tbaek...

doakan yg terbaek...2 yg sebaiknye agar ak dpt mnjadi insan yg bgune pd mase dpn...
INSYAALLAH..!

AMINNN....
aku sayang kaw..

trully.

-senget-








Friday, July 06, 2012

mSe yG d nAnti tLH tIBe

wah.......aduuyyaaaiiii!!!
ooppppsss........lupe plak,,

ASSALAMUALAIKUM pd sume yg ader mase nk mmbace blog nie!
hehehe.....smenjak dh bgelar dak sem 3 nie bnyk lak kejenye....mcm2 kowt kne wat...mmg x jd ank dare mlayu terakhir la.....tyap2 arie blek mlm jew,,,,aduyaaaiiii!
p xpew yg pnting 2 sume tok kbaikan sumer !

hah! arie nie rmai2 g pntai...hahahaha
first tyme in my life we all as a 1 batch unite g DESARU sesame....jln2 cri mkn..hahaha (puuiihhh)
mmg x la nk jln2 ngan diowng...kitowang ade misi negare yg kne d selesaikan.... cri tmpat tok dak sem 1 n sem 2  INDUKSI..... alamak.!
bnyk keje maaaa.... p dpt gak d selesaikan...
pastu g DU lak jln2....pastu g MEDAN lak.!
last2 bkampung kt kdai mkn.....!
perggghhh!
lawd beri pluang mmg nk skip jew sem 3 nie....tros jew msok sem 4..!
(2 pown law bleh) . . p trime sumenye dgn atie yg redha jela.....


hmmmmmm....... nk ckp ape lg ekkk? 
oowwwhhhh! lupe plak.....
kne g  FIRST CAMP plak......aduh!
jd FASI....(xcaye lak)... dodol tol kne g !
WHY WHY WHY ! ! !
p xpew....ade bnyk member2....p yg x beznye ade lak si polan bin polin yang g gak !
mmg hbes ar ak.....
kne jela t...pastu ngan ade si sotong tuh !
mmg x aman la hdop ak ...
peginye arie JUMAAT, SABTU, AHAD . . .g pahang ! terbaek la tmpat dye....
mampus ak.... p xpew!
ble ak dh redha ngan sume bnde.... ape2 pown ak akn bwt ngan ikhlas !
yg pnting ak dpt tgok member2 ak yg ak syg BERENDAM tyme camp. !
sronok la ak glAKkan dowg....

hmmmmm.... 2 jela kowt ! t pape g ak update g,,,,nie pown dh bsarang dh blog ak dh lame x update....( maklomlam PA prdane mnteri,,,sbok ckit ..  . hahahahaha)
dh la...

chhhiiooowww!

Tuesday, February 21, 2012

haRI Nie eSOK N smaLAM

Perjalanan hidup kita ini satu cuma satu dugaan dari Allah ..  Apakah yang kita lakukan semalam  ? Kita akan ingatinya sebagai kenangan sebaliknya melupakan dosa yang telah kita lakukan . Dan terus mengulanginya dengan harapan esok masih ada .. Esok bagi kita adalah TUA .
Kita terlupa , maut hanya menunggu masa saja. Tak kira tua mahupun muda !
Renungi semula apa yang telah kita lakukan semalam dan apakah kita telah mengisafinya ? Andai hari ini masih bernafas maka itulah peluang terakhir yang diberiNya .
Jika esok masih ada , ianya satu bonus untuk memperbetulkan serta bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhaiNya. Apakah kita berpeluang untuk menikmati hari esok ?

Monday, January 09, 2012

Friday, January 06, 2012

Sunday, December 04, 2011

keHIDUpan

Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa
insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..
Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..

Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.

Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..

Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.

Namun kita, kekadang terlupa untuk melihat melalui mata hati sendiri. Masing-masing di himpit paradigma yang kian menerkam waktu. Masing-masing terlupa akan sesuatu yang hanya boleh dirasa dan tidak boleh dilihat secara lahiriah. Masa sentiasa membawa pergi nilai-nilai indah itu, atau kita yang sengaja membiarkannya lenyap ditelan masa? Tiada noktah, namun yang ada tanda tanya dalam kehidupan ini bagi mereka yang cintakan kebebasan sejati. Sememangnya bagiku kita masih lagi kuat dicengkam dengan penjajahan secara halus. Budaya bukan sebenarnya untuk kita kini menjadi ikon utama masyarakat. Bukan secara luaran semata, malah rohani juga. Adakah kita semua menjadi mangsa kemajuan atau kita sengaja menjadikan diri mangsa kehidupan ini? Tiada lagi nilai masyarakat melayu desa yang cintakan kekeluargaan mahupun jiran tetangga..tiada lagi kesopanan dalam tiap bicara..kerana kabus semakin melitupi semua itu. ‘kau,kau..aku,akulah’itulah kata-kata yang menjadi simbol diri antara sedar atu tidak. Asap kemajuan makin mengaburi mata kita. Terbukti kah ‘melayu tidak akan hilang di dunia’? seperti yang pernah di katakan panglima Hang Tuah. Atau mungkin satu hari bangsa kita akan lenyap. Mahukah?

Aku impikan kita seperti burung-burung pipit itu,yang tak pernah lupa keluarganya, dan teman-temannya. Malah semakin tabah menghadapi arus kehidupannya sendiri. Tetap berjuang untuk hidup.

Dan kita, dapatkah kita terus berjuang untuk mencatat kembali bangsa melayu di hati masyarakat kita kini? Meski kau.. dan juga aku, mahu kita berdiri di atas dunia ini dengan bangsa realiti kita sendiri.BANGSA MELAYU.. Bukan peragaan diri fantasimu di dunia yang makin tua ini.

Wahai anak bangsaku sedarlah, perjuangan kita belum selesai. Tak kan pernah selesai sebelum dan selepas 52 tahun yang lalu.
Kehidupan ini satu perjalanan yang amat panjang. Kehidupan ini juga sangat misteri dan penuh rahsia untuk dimengertikan. Hatta aku sendiri masih mencari jawapan agar aku juga turut temui kemerdekaan yang abadi untuk diriku,jiwaku, mahupun mindaku.

Namun ingin ku katakan, selama mana masa yang harus kita tempuhi lagi, sejauh mana perjalanan hidup ini, janganlah sekali lupa pada siapa kita sebenarnya..pada masyarakatmu, hatta pada bangsamu. Jadilah kau seperti asalmu yang tak berubah. Kembalikanlah bangsaku di kehidupan terakhir ini.

Tuesday, November 08, 2011

air mata,,,

kata orang menangis tu bagus, mencuci mata..
emm.. betul ke begitu..
insan yang paling mudah menangis dikatakan wanita.. juga, benar ke itu?
namun, yang penting bukan siapa yang paling mudah mengalirkan air mata ,..(sebagaimana ada rancangan television yang meminta peserta untuk mengalirkan air mata spontan), sebaliknya atas sebab apa air mata itu tumpah.
mengapa sebab nya penting?
air mata boleh jadi racun, boleh pula menjadi penawar. bergantung atas perasaan hati kita sewaktu ‘mengeluarkannya’.
andai mengalirnya air mata itu atas sebab kesedihan, kekecewaan, keterlukaan , putus asa atau sebagainya dengan ujian hidup yang melanda, maka ketahuilah air mata itu akan menjadi racun, pemusnah kepada kekuatan antibodi tubuh,..
sebaliknya kalau mengalirnya air mata itu atas sebab taubat, maka akan lahir satu benteng tubuh dan membangunkan kekuatan perisai jasad terhadap serangan virus dan penyakit yang bagai..
bermakna atau tidaknya air mata, semuanya atas emosi.
berbeda atau tidak nya air mata , bergantung kepada kekuatan taubat kita.
orang yang paling lembut hatinya (hati yang tunduk dan patuh kepada ALLAH dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit dosanya...